Archive for July, 2007

Ibubapa

Thursday, July 26th, 2007

Assalamualaikum semua … KAli ini saya nak menulis tentang ibubapa … Memang issue ni satu isssue yg lapuk tapi saya rasa ini isu besar yg perlu di utarakan berkali2 supaya kita tidak lupa … Sepanjang 2 minggu yg lalu saya berada di unit "consultation and liason psychiatry" … dalam unit ini kami bertemu dengan pesakit yang mengalami tekanan perasaan akibat penyakit yang mereka alami dan pesakit yg menghidapi penyakit tua seperti nyanyuk (alzheimer’s), nyanyuk akibat angin ahmar (vascular dementia) dan sebagainya .. Berbalik kepada issue kita, warga tua di Malaysia adalah individu yang berusia 65 tahun dan keatas .. pada usia ini, tulang mereka sudah rapuh, ingatan sudah tidak kuat, mata mereka sudah rabun dan mereka ada byk masalah kesihatan … Di waktu mereka seusia ini isu besar yg ingin saya utarakan ialah tentang tanggungjawab kita menjaga mereka .. Ketika saya dan kawan2 di memory klinik hospital seremban, kami menemui ramai org2 tua yg mempunyai masalah nyanyuk .. memang kesian dan tersentuh hati saya melihatkan keadaan mereka .. ada antara mereka badan berbau, ada yang kelihatn "lost", ada tuh percakapan mereka merapu2 dan banyak lagi … pun begitu saya terharu kerana mereka datang bersama anak2 mereka yang menyangi mereka.. melihatkan air muka mereka saya dapat rasakan, tidak mudah "berbakti" untuk org tua dalam keadaan begini .. tapi mereka tabah, mereka minta bantuan dan khidmat nasihat kami tentang bagaimana cara terbaik untuk memastikan ibu atau bapa mereka ini selesa dan sihat … walaupun hakikatnya .. ibu atau bapa mereka tidak kenal sebenarnya siapa yg menjaga mereka .. itu kehidupan .. umpama bola kan .. masa kita belum mumaiz dulu .. ibu bapa kita menjaga kita dgn penuh kasih syg walaupun mereka tau kita tak kenal pun siapa mereka … Dalam ramai2 pesakit yg hadir ada juga insiden yg menyendihkan saya … ada segelintir warga emas istimewa ini datang bersama org gaji mereka dgn kerusi roda … menurut salah seorg dr mereka, majikan hanya datang jumpa mereka untuk bayar duit shj .. kemudian balik ke rumah masing2 … atau ada yg datang bersama perkerja dari rumah warga emas … Saya tidak mahu "cakap besar" mendabik dada mengatakan anak2 ini lupa daratan dan berdosa besar kerana melayan ibu bapa mereka yg nyanyuk begitu kejam sekali .. mungkin masa mereka sihat (ibu bapa anak2 ini), mereka tidak layan anak ini dengan baik atau mungkin mereka dera anak2 mereka dgn teruk secara mental atau fizikal dahulu … kita tidak tahu .. tapi apa yg saya pasti, Allah menjadikan kita dengan akal dan timbang rasa … adakah kerana hajat kita yg ibubapa kita tidak tunaikan satu ketika dahulu "justify" perlakuan kita meninggalkan mereka disaat mereka memerlukan kasih sayang kita … Saya khuatir sebenarnya melihat  suasana  muda-mudi hari ini yg melihat cara hidup barat sebagai cara hidup yg sebenar dan melupakan nilai Islam … Adakah mereka akan memimpin tangan ibu bapa mereka, membasuh air kencing mereka di raung tamu dan menyuap nasi ke mulut ibu bapa mereka atau adakah itu sudah menjadi tugas org gaji .. Saya insaf ..

Teringat saya pada seorg pakcik berumur 75 tahun di ward geriatrik, unit di mana saya dan kawan2 saya bertugas.. pakcik ni masuk untuk menjalani fisiotherapy … dia mengalami stroke dan ini menyababkan dia nyanyuk ( vascular dementia) .. ingatannya semakin merosot setiap hari yang berlalu … akhir2 ini dia mula murung dan adakala cucunya perasan dia menangis di ruang tamu seorangan .. saya dapat rasakan kesedihan di hatinya … pesakit nyanyuk (alzheimer) biasanya tidak sedar mereka hilang ingatan .. buktinya apabila kita uji ingatan mereka ttg apa yg mereka makan untuk sarapan contohnya … mereka akan mereka-reka jawapan mereka, mereka selalu sesat, salah kira duit dan dalam kes2 yang sudah melarat teruk, mereka mula buang najis di ruang tamu atau dalam bilik dan sebagainya .. kesimpulannay mereka tak sedar dan kemerosotan ingatan mereka ini merosot perlahan2 … dalam kes pakcik ni dia mengalami penyakit nyanyuk disebabkan angin ahmar atau stroke di beberapa bahagian otaknya ( multifocal cerebral infarct) ..ini bukan alzheimer ya…. dan mereka ini biasaya menghadapi tekanan persaan yg agak serius … nasib baik dia memiliki seorg cucu yg amat baik hati .. lelaki pulak tuh … cucunya tinggalkan perniagaannya untuk menjaga atuknya .. dah 2 bulan berlalu katanya .. alhamdulillah moga Allah murahkan rezeki kau hafiz … Pengajarannya, galakkkan ibu bapa kita asah ingatan mereka dari sekarang dengan membaca byk2 quran ke surat khabar ke harry potter ke, main chess atau sudoku tuh, dam aji … dan always syg ibu bapa kita .. walau apa pun dosa mereka pada kita atau kekurangan mereka dalam membesarkan kita .. ampun kan …. kita anak mereka … semoga jasa kita di balas dengan Syurga Allah Taala … amin …