InnalillahiwainnailaihiraJiul ..
Saturday, June 27th, 2009Dalam urusan harian, saya melihat pelbagai telatah manusia apabila berdepan dengan penyakit, baik dari pihak pesakit mahu pun ahli keluarga yang menjaga. Pada penulisan saya yg terakhir, saya ada bercerita sedikit soal kematian. Isu utama yang ingin saya utarakan sebenarnya adalah kematian di usia muda. Rentetan daripada isu ini, saya panjangkan kepada isu memaklumkan pesakit nazak atau terma perubatannya ” Death in line (DIL)”.
Apabila berdepan dengan pesakit terminal yang hampir menemui ajal, pada kebiasaannya kami dapat menjangka masa depan (prognosis) pesakit… Oleh yang demikian berita buruk ini perlu disampaikan kepada waris untuk mempersiapkan diri mereka andai pesakit menemui ajal.. Teringat saya pada seorang pesakit yang berumur lingkungan 25-30 tahun.. Beliau adalah bekas penagih dan menghidap HIV positive, masuk wad kerana lemah jantung akibat jangkitan kuman di jantung (infective endicarditis) .. Apabila jantungnya berhenti berdenyut, kami berusaha keras melakukan CPR dalam kubikal yang tertutup … Saya berdiri dihujung kepalanya mengepam ambo bag bagi bekalan oksigen manakala rakan lain memainkan peranan masing2… Sedang kami hampir mengesahkan waktu kematian kerana harapannya untuk “kembali” sudah tiada, bapanya muncul dan berdiri dihujung katil bertentangan dengan saya.. Beliau nampak terperanjat dan terus melaung2 macam disampuk hantu, naik kekatil dan cuba untuk memeluk pesakit sambil cuba dihalang oleh seorg lelaki lain. Beliau cuba melawan sambil terpekik2 meminta dilepaskan … Pada fikiran saya dia mungkin ingin melafazkan syahadah ke telinga pesakit lalu saya meminta dia di lepaskan dan rakan saya memberi laluan kepada si bapa untuk datang ke kepala pesakit .. Beliau kembali tenang, mencium anaknya 3 kali sambil membaca beberapa kerat ayat Quran …
Pesakit ini bukan di bawah jagaan saya, barangkali kematiannya tidak disangka menyebabkan waris terkejut … Saya faham, apa yang dilakukan oleh si bapa, anaknya barangkali sudah kembali ke pangkal jalan namun apa kan daya baru hendak bertaubat, dia sudah di panggil untuk menghadap yang ESA. Hancur harapan si bapa tidak terhingga ..
Sesudah waktu kematian disahkan, beliau dan isteri masih lagi menagis teresak2 di satu sudut … Bersabar pakcik, ajal maut ditangan Allah ..